Takdir. Hidup. Mati. Jodoh. semuanya di tangan Allah. tak cepat. tak lambat. dan malam ini. aku. terkesan dengan kematian. 18 tahun aku hidup. Allah hidangkan pelbagai rencah dalam hidup aku. Aku pernah merasa berhadapan dengan kematian. apabila badan dijadikan ujian. dan aku juga melihat kematian berlaku dihadapan aku. tatkala Allah says YES IZRAIL, TAKE HIS SOUL. hence. every soul shall taste death. mati itu pasti, asbab dan cara. biarlah ia sebagai misteri..
ARWAH ATUK AYOB
Ini kematian kedua yang aku lihat dalam 15 tahun kehidupan. tragedi 2010. yes, i remembered it quite clear. semuanya bermula, masa tu sekolah aku ada anjurkan kursus pengurusan jenazah, it was all there, kapan kan. mandikan, even tanda2 org nk pergi pun diajar.. dan petang aku. hati dah rasa tak sedap gila2. feels sad. macam akan hilang sesuatu. suddenly, the news was broken.Atuk was warded due to breathlessness. dan dah di hantar ke hosp taiping utk pemantauan lanjut.
That night. I saw him, happy. smiling. gelak2. ketawa2. atuk was atuk naturally. dia memang kaki lawak sekalipun ex sarjan yg garang kemainn; tp atuk will be atuk to his cucu(s). dan 16.05.10. Atuk pergi, hanya sehari di wad., dan semalamnya dia tertawa. dan esoknya. dia tiada. Al fatihah
ARWAH ATUK MANAF
"atuk ni. entah berapa hari je lagi kat dunia ni. tak esok lusa"
Atuk. he is my boyfriend, 2nd father, advisor, bodyguard, my buddy. kematian ketiga dalam hidup adalah kematian atuk manaf. aku hidup membesar dengan atuk. 7 tahun lamanya setiap pagi atuk hantar n jemput aku dari sekolah. tadika dulu. atuk yang beriya hantar pagi2. dan atuk x pernah jemu. atuk. suka sangat bagi cucu eh makan. x ghombau lah kan kalau xdo makanan atas meja. haha.
this is more sudden. more tragic. lepas arwah atuk ayob pergi. adik pulak kene patuk ular. and he faced death. tp Alhamdulillah. he made it through. seminggu lepas tu, atuk mengadu, dia dah 3 hari x kencing. we rushed him to hospital, and he was warded. 2 hours later. atuk collapse.. Subhanallah. Allah bg kami masa nk say good bye to him. Atuk ditempatkan di ICU selama 5 hari. Fighting. Atuk did, he was such a strong man,
before atuk collapse. dia bagi aku tiga last gifts. 1, ikan sembilang berlada. dia tahu ini kegemaran cucu seorang, 2, pisang sira. dia tahu. ini kuih yg cucu dia teringin. 3. air tawar. dia buat demi cucu nya sorang ni.
dan 07.08.2010. 3 months after atuk ayub pergi. atuk manaf pergi dijemput Illahi. and this gave me a blow. as i lost both atuk at the same time.- Alfatihah.
ARWAH DR AZMAN ABDULLAH
u might saw in the news, karak mishaps, doctor killed, that was my mother's colleague. a family friend,.
in one word.. i describe him as a gentleman. doctor yg gila2. u dun have to worry to tell him yr crappy thoughts. anak yg soleh. he created a ward at home for his parents. Masha Allah, besar pahala. ayah yang penyayang. he dedicated his life for his 3 boys. Allah Allah,
dan SMS jam 1 ptg, menggemparkan kami sekeluarga. Mesej yang buat semua warga ward pediatrik HTJ stunt. terdiam. ternganga, termenung. he went without goodbyes. everyone loves him. the guy who never fail to smile. dan kemalangan menjadi asbab kematiannya. kematian yg sangat mengejut, yang sukar dihadam, yang payah di terima.
its true then, good people die young. sebab? sebab Allah xnk bg dia buat dosa bebanyak. Allah nk bg dia masuk syurga. who knows. maybe the afterlife will treat him better, Alfatihah,.
dan 3 siri kematian ini. mengubah paradigma seorang anak remaja di bumi malaysia. benar. mati itu pasti. bila dan bagaimana, rahsia Illahi,.terkadang kita leka dan lalai. rasa mcm esok tu ada je lagi untuk kita, walhal, kita tak tahu masih bernafas kah kita esok?
Takdir itu penuh misteri wahai kawan. apatah lagi kematian. cukupkah amal kita sebagai bekalan? atau kita dah yakin di syurga kita ditempatkan?
kerana mati itu bukanlah satu pengakhiran. mati itu satu permulaan sebuah perjalanan yang tiada pengakhiran. duhai kawan. jangan kau abaikan. ingatlah. Allah dah tentukan setiap perancangan. Dan berdoalah agar kematian kita itu husnul khotimah. moga nanti roh kita dicucuri rahmatNya. moga kita dapat syafaat baginda tatkala tunggu evaluation amalan di mahsyar kelak.
dan video ini. aku doakan dapat membuka minda dan hati kita pada kematian
dari lubuk sanubari seorang remaja di malam nan sepi









