Wednesday, November 6, 2013

Aku.Dia,dan Tarbiyyah.

"Dengan Tarbiyyah, hati boleh basah. tau?"
"Basah cemana tu bang?"
"Basah dengan iman ler.." 


buat awak. ini untuk kita.

Kita di satu persimpanganAntara kiri dan kananDi bawah cahaya bintang dan bulanKeteguhan iman kita persoalakanTerasa Futur itu memakan imanAllahu tangan kami tadahkanDi hampar sejadah air mata dititiskanDan keampunan kami pohonkanKerana dosa itu satu kehinaanDan syurga itu yang kami dambakanKau ya rahman. Bantulah kami... Amin



Dulu. masa sekolah menengah, akulah orang yg kira kata. ANTI BADAR. sebab? terlalu laser dan judgmental dalam menegur. pakcik mak cik naqibah. tahukah anda, nak pimpin hati manusia tu payah? maka pabila antum sekalian judgemental mengalahkan hakim mahkamah negara, nilah padanya, usrah pada program je, pengisian, WASSALAM.......

itu dulu, masa masih hingusan, masa masih dalam kefuturan, dalam kejahilan. lagu nk dengar yg matsaleh je.. buku nk yg lap story n sci-fi je. ya. itu aku. tanpa tarbiyyah. hati kering. mcm ikan kering. ibarat manusia tanpa jiwa. Roh pun nak xnak ada. Allahu. jahilnya..

Masuk matrik. lain cerita. tiba-tiba. hati rindukan biah solehah. ops. ya. saya masih anti pada badar, x rindu sekelumit pun. sebab. ke-judgemental-an mereka. tp aku kelaparan. walaupun ada tiga kafe kat kolej ni, satu aje yg bersih, lagi dua risiko cirit birit. aku lapar dan dahagakan makanan jiwa, tarbiyyah..

cabaran berat. bila bertdung labuh wal litup. tp dalam dewan kuliah, terpaksa duduk sebelah ajnabi. cabaran berat. bila ikhtilat mcm xwujud. cabaran berat. bila diri sendiri terasa hanyut.rasa lemas, tenggelam, terkapai-kapai,. dalam lautan dalam.

Lalu Dia. Dia memberi inspirasi. Allah. sungguh Dia mengasihi hambaNya ini. Dia tahu hambaNya mendambakan ilmu. kerana iman hambaNya ini goyah. lalu Dia pertemukan aku dengan dia, yang memberi seribu tunjuk ajar dan cara. untuk mencari redhaNya.

dan di situ, aku bertemu Tarbiyyah, yes, dengan tarbiyyah.hati basah. kenapa? Sebab dengan tarbiyyah adanya usrah.

"amal, jom jemaah"
"amal, jom baca ma'thurat"
"amal, jom pergi kelanang"
"amal, jom pergi program"

ada je manusia yg Allah titipkan utk aku beramal kebaikan.

hari-hari aku dengan tarbiyyah. buatkan aku terasa segar, aku kenal dengan usrah. aku merasai nikmat ukhwah. baru aku mengerti. hadis baginda "setiap Umat Islam adalah bersaudara"

bermula dengan mutabaah. aku belajar melalui tarbiyyah. belajar mentadabbur kalam Allah. belajar menghayati Hadith Rasulullah. belajar mengamati alam. Dari sudut pandangan penuh kesyukuran. aku belajar mutabaah amal. puasa.solat.ikhtilat. terasa tarbiyyah itu asbab. ibarat pelampung yg hadir. saat aku makin lemas tenggelam di lautan nan dalam.

satu hari. tanpa pengisian dari masullah tersayang. terasa satu kaki menapak ke arah kefuturan. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK. Allahu, jauhkan aku dari kembali ke lembah itu.

dan kini. terasa diri di persimpangan. istiqamah itu bukan perkara yg senang. nak baca Quran satu page, rasa mcm cabaran. sesungguhnya tiada perperangan yg lebih dahsyat melainkan perang dengan diri sendiri. tp tarbiyyah. menyedarkan aku. Alquran itu penenang.

ada ke orang yang dah jumpa suis lampu. hidup dalam keadaan terang menderang. nak kembali balik ke kegelapan. dah la torchlight pun tak ada. tak kan?

Aku.Dia.dan Tarbiyyah.
mengajar aku sesuatu tentang hidup
mengajar aku survival
dengan silibus Kalamullah dan Hadis Rasulullah.

sekian. catatan hamba yang depress, di malam nak seram,.


No comments:

Post a Comment