Monday, August 29, 2011

Hari Raya :)

Bismillahirahmanirahim



Assalamualaikum semua.. alhamdulillah, panjang juga umur kita untuk megakhiri puasa pada tahun 1432 ini. Saya berharap agar puasa kita semua diberkati oleh Allah dan diberikan ganjaran pahala.. semangat raya saya baru je sampai zuhur tadi. lewat bebenor la pulak.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, oleh itu hari ini merupakan pengakhiran puasa untuk kita semua mujahid dan mujahiddah sekalian. maksudnye esok raya lah kan?

sebelum post ini saya panjangkan, saya ingin memohon 1000 kemaafan jika ada terlanjur bicara, hati yang terasa, terumpat mana-mana dan terbuat segala perbuatan yang tak sengaja atau saja-saja. maklumlah, kita ini insan biasa, penuh dengan kelemahan sini sana, takkan terlepas dari segala khilaf dan buruk sangka bukan? harapannye agar semua dapat memaafkan diri saya jika diri ini telah bersalah kepada sesiapa yang berkenaan. Insya-Allah, doa saya agar ukhwah dan silaturahim yang terbina akan berkekalan sampai bila-bila. Amin

1 syawwal bakal tiba sejurus sahaja matahari 29 ramadhan terbenam nanti. seperti yang digembar gemburkan memang esok lah raya, ye tak? tapi yang saya kurang faham, ada apa pada hari raya sampai kita semua beriya-iya menyambutnya, dengan baju baru, langsir baru, sofa baru, tv baru, semua lah baru.. sampaikan semua shopping complex pun sekali meraikan aidilfitri ini.

Aidilfitri--> perayaan kembali ke fitrah. ye, sebenarnya, hari ini merupakan hari kemenangan buat kita semua. kemenangan apa wahai pembaca? kemenangan dalam menjatuhkan nafsu kita yang sebnarnya jauh lebih hebat dari guru nya sendiri iaitu syaitan. tengok sajalah, dalam bulan ramadhan, kita beribadah mengumpul pahala, kita berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga. apa tujuannya? sahlah tujuan sebenarnya adalah untuk mengikat hawa nafsu yang ada pada diri manusia. puas kita tengok. apa yang telah hawa nafsu buat kepada diri kita, jadi raikan lah kemenangan ni, kerana akhirnya nafsu tewas di tangan kita.

Syawwal merupakan bulan kemenangan kita. tapi dapatkah kita menjamin kemenangan ini dengan istiqamah dalam beribadah? dengan menghayatai semula segala amal ibadah yang telah kita lakukan pada bulan ramadhan? *kecuali terawih. sejak bila org buat terawih luar bulan puasa dik oi? bia bebenar sikit. jadi, kawan-kawan ku sekalian.. malam ni syaitan nak keluar penjara dah, jadi marilah kita sama-sama memastikan syaitan2 laknatullah tu frust menonggeng tengok ke-istiqamah-an kita dalam beribadah...

akhir kata, hayatilah bait-bait lirik ini

bila tiba hari raya,
semua syaitan bergembira,
melihat manusia,
yang kononnya mulia,
hampir sama dengan mereka.

-adakah ini diri kita sesudah tamat puasa? nauzubillah-



jangan biarkan syaitan menguasai kita
jangan rosakkan pahala ramdan dengan dosa-dosa syawwal!


sebelum saya mengakhiri post ini..


maafkan diri ini jika lidah tersalah bicara
maafkan diri ini jika hati ada yang terasa
maafkan diri ini jika terumpat mana-mana
maafkan diri ini jika moody tak semena-mena
maafkan diri ini atas segala perbuatan yang tak sengaja dan saja-saja





selamat hari raya aidil fitri.. maaf zahir dan batin..


P/s:- sorry la ayat skema. sekali sekala nak jugak menulis macam professor. semoga aidilfitri kita tahun ini bermakna.. mak abah wan mak su pak su mak cik mak ngah dan semua mak2 dan pak2 yang ada, jangan lupa duit raya amal ye?? :):)


-emmelynn.amal-


No comments:

Post a Comment