Sunday, August 28, 2011

Iftar Perpisahan

Bismillahirahmanirahim..

pada 25.08.2011 yang lalu... kami sekelas 4 ikhlas ni ada mengadakan iftar jamaei untuk meraikan Ustazah Sharifah, guru praktikal yang mengajar kami Pendidikan Syariah Islamiah dan Teacher Ain Syaqirah, guru sementara bg subjek chemistry..

hari ini memang lah epik untuk tuan empunya blog ni sebenarnya.. mana tidak, pagi waktu sekolah, orang lain sibuk belajar dalam kelas, saya dah pun merayau satu sekolah untuk meng-interview cikgu-cikgu untuk video mohon restu SPM. balik je kelas tpt jam 1.00 petang, kaki dah terasa sakit. Al maklumlah, sekolah saya ni luas, berbukit bukau dan bertangga. tak larat nak jelajah. lagi-lagi puasa, Allah yang tahu btapa penatnya. Kemudian, tamat persekolahan, saya, nurin, atin, ain dan awin terus pergi ke rumah mimi

MJ, terima kasih sebab bagi kami peluang gunakan dapur MJ. haha. dalam dapur ni lebih epik tau? Lepas kami semua mandi dan rehat, tepat jam 5 kami semua turun ke dapur rumah MJ. Dapur Mj ni walaupun tak luas tapi sangat kemas dan cukup untuk kami semua memasak. Aktiviti pertama.. goreng nugget. Pada dasarnya memang la senang nak goreng nugget ni, tapi al maklumlah, dapur orang, mungkin tak biasa, diri sendiri pun rasa kekok. Malang buat diri, minyak meletup terkena tangan, biarpun pedih, tapi rasa piuas bila nugget tu kawan-kawan cakap sedap :)

Masa nak goreng ice cream goreng lagi epik. tau2 je lah ice cream kan mudah cair, lagi2 nak goreng. macam idea gila kan? dan itulah idea kami. chefnye, Atin, dia bungkus siap2 roti dan ice cream, kemudian letak dalam freezer. bila nak goreng masing2 garu kepala. sebabnya nak goreng makanan ni perlukan masa yang sikit dan luarannya mestilah rangup. nak di jadikan cerita, semua berkerumun kat dapur nak goreng makanan ni. Jadi frust bila tengok lepas goreng ice cream jadi cair. jadi tiba-tiba Allah kurniakan Ilham kepada saya. Jadi, lepas sahaja ice cream tu di goreng dan di toskan minyaknye, terus masuk dalam freezer

dan begitulah yang kami lakukan untuk lebihan 54 ice cream goreng. bila jam menunujukkan tpt pukul 6.10 petang, dapur terus jadi huru hara.. bayangkanlah, 6.30 dah nak kene gerak ke sekolah. ice cream ada lebih kurang 4 plastik tak bergoreng., dapur pulak dari kemas jadi huru hara.. kalau mama MJ tengok, mungkin die boleh pengsan. kan? haha..

tapi entah bagaimana, kami semua jadi lipas kudung, jam 6.20, semua dah habis menggoreng.dapur pun siap di kemas,. masing2 berkejar naik ke bilik MJ nak bersiap ke sekolah... Dahsyat bukan kawan2 saya ni?? 6.45, kami semua berangkat ke sekolah.

Alhamdulillah, semua puji makanan kami. nampaknye mereka tak tahu betapa epiknya kisah kami.. Saya tak jejak rumah sendiri langsung, sampailah jam 10.00 malam bila jamuan dah berakhir.. jadi buat semua, saya nak share beberapa memori semasa majlis ni diadakan..

buat ustazah sharifah:- amal sayangkan ustazah,. mungkin ini masanya kita berpisah. tapi amal harap untuk bertemu dgn ustazah lagi, amal doakan ustazah dapat capai cita-cita ustazah :) amin..























kenangan yang paling istimewa dalam hidup kami. walaupun kene marah dgn bonda sebab jamuan trlampau lama, dewan terlampau bersepah. tapi ini semua pengalaman dan memori yang kami kutip sepanjang brada di SMKA SHAMS.

uhibbuki ya ustazah.. ukhwah fillah abadan abada :):):)

pertemuan..
perpisahan..
adat manusia biasa..
hilang di mata tapi
di hati tak di lupa
berdoalah kita 
panjang umur 
dan sentosa
semoga berjumpa 
nanti di lain masa........

-emmelynn.amal-

No comments:

Post a Comment