Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu ituJika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baikJika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
As-salam buat semua. dah lama rsenye ana tak berceloteh kat sini kan? huhu. apabila hanyut dengan novel, ana terlupa, ana masih ada tggungjwp untuk mengupdate blog ni :)
hari ni ana nak bercerita ttg infinity... syukran to kak aina, akhirnya ana ade tajuk nak update blog. kenapa infinity? sebab infinity bermaksud undefined.. tiada penghujungnya. dan pada ana itulah persahabatan..
Persahabatan adalah kurniaan Allah yang paling istimewa kpd kita yang bergelar insan. cuba beritahu ana, ada tak manusia di dunia ini mampu hidup tanpa sahabat? Rasulullah juga punya sahabat. sebab, tali persahabatan adalah ukhwah yang paling istimewa di muka bumi Allah ini...
tetapi hakikatnya, dalam dunia ini ada dua jenis sahabat. sahabat keji dan sahabat sejati.. namun ingatlah, sahabat sejati adalah pintu ke arah tali persahabatan yang hakiki..
selama 16 tahun ana hidup di muka bumi Allah ni, pelbagai jenis manusia ana telah temui, yang baik, yang jahat, yang berwawasan, yang manja. semua ada. itulah bukti firman Allah bahawa DIA menciptakan manusia dari pelbagai jenis dan rupa untuk kita berkenal-kenalan. Dan selama ini, Allah telah memepertemukan ana dengan pelbagai jenis manusia yang layak di gelar sahabat. dan dari situ Allah menguji kesetiaan ana sebagai seorang sahabat.
Ingatlah, sekali Allah tarik satu nikmat, Allah bagi kite nikmat yang lain. ye tak? Dulu, ana ada seorang sahabat, tetapi ats beberapa asbab yang tak boleh dielakkan, ana memilih utk menjauhinya dan begitu juga dia.. Tak semua yang kita suka baik untuk kita kan? Lalu Allah pertemukan ana dengan beberapa orang sahabat, yang semuanya hebat-hebat. yang dalam setiap hari-hari mereka, membimbing ana ke arah jalan yang diredhai-Nya, mengajar ana perkara baru, menjadi tempat untuk ana berkongsi duka dan tawa...
Nikmat Allah kita tak boleh lawan, jadi ana menerima nikmat ini dengan penuh kesyukuran. Ingatlah, selagi mana kita punya sahabat, hargailah mereka setiap saat, kerana merekalah yang akrab, dan mampu membimbing kita dan memperbaiki akhlak. sesungguhnya itulah sahabat sejati, sahabat yang dicari bagi mewujudkan tali persahabatan yang hakiki juga infinit di dalam realiti untuk mendapatkan keredhaan Illahi :)
Kasih,sayang, dan ukhwah antara sahabat adalah INFINITY. there is no end to friendship. Mati juga bukan pengakhiran kepada satu-satu persahabatan krn kita masih mampu mendoakan mereka. jadi sayangilah sahabat kita, kerana merekalah yang sentiasa ada bersama kita. mendoakan kesejahteraan kita, membimbing kita setiap ketika...
Buat mereka yang bergelar sahabat.. jazakallahu khairan kasira ya sohibi kerana sudi bersahabat dengan ana. Semoga Allah memberkati persahabatan kita. Hanya Allah mampu membalas jasa anda semua... Uhibbukumfillah... Ukhwahfillah Abadan Abada.. our friendship will always remain as an infinite friendship. Our friendship will be endless Insya-Allah from this very world to here-after. and that is how I elaborate on infinity............

amal..sorry that i am so not into this friendship thingy.. sorry,eh??
ReplyDeleteyet.. this article is nice.. deeply written,huh??
ReplyDeletehahha. its oke lah mj :D paham sgt ngn mimi. haha. tak de lah deeply written sgt, cume tajuk ni best bile nk eleborate. mcm one word essay dah :P
ReplyDelete