Saturday, October 15, 2011

Kenapa Kita Lupa ALLAH?

Bismillahirahmanirahim...



  • Kenapa kita selalu lupakan ALLAH
  • sedangkan Allah kurniakan macam2 pada kita
  • Allah berikan kita nyawa, untuk hidup di bumi Allah ini
  • Allah berikan kita udara untuk bernafas
  • Allah kurniakan rahmat akal, ibadat, hidayah, iman
  • Allah berikan kita rezeki dalam pelbagai bentuk
  • macam-macam Allah berikan kita.
  • tapi......
  • kita selalu lupakan Allah kan?
  • Kita selalu lupa nak sebut ALHAMDULILLAH bila Allah kurniakan kita nikmat
  • Kita selalu lupa nak beriya-iya dalam ibadah
  • Sebab pada kita itu semua tak penting
  • Kita selalu mengejar dunia, akhirat kita tolak tepi
  • Bila Allah berikan kesenangan.. kita hanyut dibuai kealpaan
  • Bila Allah berikan kesusahan, baru kita nak ingat pada Allah.. baru nak merintih
  • Allah selalu ingat kita, tak pernah Dia lupakan hamba-Nya
  • tapi kenapa kita selalu lupa pencipta kita?
  • Perasan tak, bila kita bukak TV, ada je program berunsur agama kita tukar saluran lain
  • tapi bila nampak movie itu movie ini, cepat je kita ingat kan?
  • Bila seseorang wanita bertudung, cepat je kita nak komen die kolot
  • tapi kita lupa, sebaik-baik wanita adalah yang bertudung. sehelai rambut ditayangkan, 70 tahun lingkup di neraka tau?
  • Selalu sangat dengar orang mempermainkan hukum Allah
  • Kenapa anda tak takut dengan balasan Allah?
  • Sedarlah, kita ni tak hebat mana pun.. Allah jauh lebih hebat!
  • Tahu atau tidak umat Rasulullah yang paling Allah sayang?
  • Kalau dulu, bila sesuatu kaum menolak ajaran Nabi, hina dan ejek Nabi, Allah musnahkan kaum tu instantly,kaum Nuh.. Bani Aad, kaum luth, kaum qibti.. 
  • Senangkan Allah nak hapuskan kita?
  • Tapi Umat Muhammad, Allah berikan ruang dan peluang untuk bertaubat..
  • Kenapa kita selalu persiakan?
  • Allah jadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada Nya
  • tapi bila kita tak beribadah, Allah sikit pun takkan tergugat...
  • tapi kita yang rugi, sebab terlepas peluang nak masuk syurga,,
  • siapa suruh tak dengar suruhan ALLAH kan?
  • Wahai teman wahai sahabat.. Susah ke kita nak ingat ALLAH?
  • sedangkan Dialah yang ciptakan kita dari tanah
  • Dunia ini hanya persinggahan semata-mata, tiada yang kekal
  • yang di cari adalah Akhirat nanti, di mana semuanya kekal
  • Ingatlah, Allah sentiasa memerhatikan kita..
  • Jadikan setiap kegembiraan untuk Allah
  • Jadikan setiap ujian sebagai ruang dan peluang untuk lebih rapat dengan Allah.....
  • Apa-apa, share je dengan Allah, mesti tenang lah =)
  • sebab, Allah kan lebih tahu??
  • post ini adalah peringatan buat semua,. dan diri sendiri yang selalu sangat cepat lupa.. tua dah ke?
  • renung-renungkan dan selamat berAmal =)
-emm.amal-

No comments:

Post a Comment